17 ditahan dalam pesta dadah
Iklan
BESUT - Pelajar sekolah dan dua remaja perempuan antara 17 individu yang ditahan kerana positif dadah ketika serbuan dalam sebuah pesta di Kampung Dalam Huma, Jalan Pasir Akar, Hulu Besut di sini, awal pagi tadi.
Kesemua mereka ditahan oleh anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Besut selepas membuat pemeriksaan di sebuah bilik aras bawah bangunan tersebut kira-kira jam 2 pagi.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, terdapat seramai 19 orang terdiri 17 lelaki dan dua perempuan berusia 17 hingga 28 tahun ketika serbuan.
"Ada yang cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis, namun berjaya ditangkap. Mereka seperti sedang berpesta dadah beramai-ramai dalam satu bilik sambil berhibur kerana muzik turut dipasang.
Iklan
"Tiga daripada mereka adalah pelajar tingkatan 5 dari beberapa buah sekolah dan seorang pelajar kolej. Turut ditahan alah seorang lelaki warga Thailand,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan dalam bilik tersebut turut menemui sebiji pil disyaki dadah jenis ekstasi
Iklan
"Saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek termasuk dua remaja perempuan berusia 17 tahun itu mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.
"Salah seorang remaja perempuan yang ditangkap memberitahu dia mula terlibat dalam aktiviti penagihan dadah sejak minggu lalu dan mendapatkan pil ekstasi daripada kawan secara percuma," katanya.
Mohd Zamri berkata lagi, kesemua ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal