Banjir kilat landa Kulai, satu PPS dibuka
Iklan
Keadaan banjir kilat di kampung berkenaan.
KULAI - Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kampung Baru Sengkang di sini, bagi menempatkan 134 mangsa daripada 27 keluarga yang terjejas akibat kawasan berkenaan dilanda banjir kilat pada Sabtu.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kluang, PPS di Dewan Serbaguna Kampung Baru Sengkang itu dibuka pada 7.30 petang bagi menempatkan kesemua mangsa banjir berkenaan.
Iklan
Iklan
"Pada Sabtu, satu PPS dibuka bagi menempatkan 134 mangsa daripada 17 keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Baru Sengkang di sini, pada Sabtu.
"Kesemua mangsa yang melibatkan empat bayi, kanak-kanak.lelaki (12), kanak-kanak perempuan (14), lelaki dewasa (40), perempuan dewasa (36), warga emas lelaki (11) dan 17 warga emas perempuan, telah didaftarkan di PPS berkenaan.
Iklan
"Selain itu, lima agensi melibatkan tiga pegawai daripada Pejabat Daerah, 10 kakitangan melibatkan Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta seorang penghulu dan seorang ketua kampung," menurut kenyataan itu lagi.
Untuk rekod, pihak APM turut menyediakan satu ambulan, lori delta (1), jaket keselamatan (10) jaket keselamatan, bot (dua), manakala pihak JKM menyediakan satu kenderaan pacuan empat roda dan JBPM satu fire truck, EMRS dan kenderaan pacuan empat roda.
Iklan
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai yang juga Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK).
Bakhtiar Selamat berkata, seramai 12 anggota bomba dari BBP Kluang dan dua (BBP Bandar Baru Kulai) terlibat dalam usaha menyelamatkan kesemua mangsa banjir kilat berkenaan.
"Banjir kilat itu berlaku pada jam 8.14 malam (Sabtu) dan ketika Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi, air didapati berada pada ketinggian satu meter dan berarus.
"PKO kemudiannya bertindak menyelamatkan seramai 134 mangsa dan dipindahkan ke PPS di Dewan Baru Sengkang," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.