Rapid KL tambah 40 bas perantara percuma

Iklan
Rapid KL mengambil langkah tambahan dengan menambah 40 bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas ekoran penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya, bermula 10 November. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Rapid KL mengambil langkah tambahan dengan menambah 40 bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas ekoran penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya, bermula 10 November.

Rapid KL dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Rapid Bus mendapat kerjasama daripada Smart Selangor dan Mara Liner untuk menyediakan masing-masing 20 bas di bawah kendalian mereka.

Iklan
Iklan

Kata kenyataan itu, buat masa ini, pihak Rapid Bus menyediakan 83 bas bagi menampung jumlah penumpang yang tinggi.

"Bagi menambah jumlah kakitangan di stesen untuk memantapkan kawalan pergerakan penumpang, seramai 80 orang dari kalangan warga Prasarana akan ditempatkan di stesen-stesen untuk membantu penumpang daripada segi memberi panduan untuk menaiki bas perantara,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Bagi penumpang yang terjejas oleh gangguan perkhidmatan, pihak Rapid Rail akan memberi tambang percuma untuk setiap hari gangguan perkhidmatan kepada pengguna LRT Laluan Kelana Jaya, yang akan dilaksanakan selepas perkhidmatan laluan tersebut dipulihkan.

"Maklumat terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat. Kami akan memaklumkan perkembangan proses baik pulih LRT Laluan Kelana Jaya dari masa ke semasa kepada orang awam menerusi saluran media sosial dan media massa,” jelasnya.

Iklan