149 maut insiden rempuhan pesta Halloween di Seoul

Iklan
Antara mangsa kejadian rempuhan berkenaan. - FOTO EPA

SEOUL - [DIKEMAS KINI] Sekurang-kurangnya 149 orang terbunuh manakala 76 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween, lapor Yonhap memetik pihak berkuasa bomba pada Ahad.

Insiden itu berlaku pada Sabtu malam di kawasan berhampiran Hotel Hamilton di pusat hiburan malam yang terkenal, menurut saksi.

Iklan
Iklan

Berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat kawasan itu sempena pesta Halloween.

Setakat awal pagi Ahad, seramai 149 orang termasuk dua warga asing disahkan terbunuh dengan 76 yang lain cedera, 57 daripadanya parah dan jumlah korban dijangka meningkat, menurut pihak berkuasa bomba.

Iklan

Kebanyakan mangsa dalam lingkungan 20-an, kata pihak berkuasa.

Pasukan penyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian dan memberikan bantuan CPR ke atas berpuluh-puluh mangsa.

Iklan

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui. - Bernama.