Rosmah didakwa lagi hari ini

Iklan
Rosmah tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini bagi menghadapi pertuduhan baharu kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

KUALA LUMPUR - Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini bagi menghadapi pertuduhan baharu kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Ini merupakan kali kedua isteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu didakwa berkaitan kes yang sama.

Iklan
Iklan

semalam, Rosmah ditahan kira-kira jam 1.45 petang selepas hadir ke SPRM bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung dakwaan itu sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Pada 15 November tahun lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lalu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:

Rosmah hadir beri keterangan di SPRM

Iklan

Rosmah didakwa esok

AKAN MENYUSUL