[VIDEO] Peniaga didakwa bunuh Datin

Iklan
Tertuduh (tengah) diiring polis ketika tiba di mahkamah.

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang Datin di sebuah rumah di Taman Paroi Jaya di sini pada September lalu.

Tertuduh Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di dapur sebuah rumah di Taman Paroi Jaya di sini antara jam 4.52 petang hingga 8 malam, 23 September 2022.

Iklan

Berikutan itu dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam, Sritharai C N dan P Praveen.

Iklan

Sebutan semula kes 20 Disember depan.

Sebelum itu, tertuduh yang memakai baju-T berwarna biru tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9 pagi.

Turut kelihatan pelakon Farhan Asri atau nama sebenarnya Muhamad Farhan Mohd. Asri, 25, yang merupakan cucu kepada mangsa.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang wanita warga emas bergelar Datin berusia 75 tahun ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya pada 23 September lalu.

Kejadian pada jam 8.25 malam itu berlaku ketika Datin Noraida Nordin, 75, tinggal bersama suaminya yang merupakan bekas ahli perniagaan bergelar Datuk.