Terpaksa tumpang bekalan elektrik, air rumah saudara
Iklan
Mohd Izlan dan keluarganya terpaksa menumpang bekalan elektrik dan air dari rumah saudaranya.
PASIR MAS - Sebuah keluarga miskin di Kampung Paya Ular, Bunut Susu di sini terpaksa menumpang bekalan elektrik dan air dari rumah saudara kerana tidak mampu membayar kos perkhidmatan tersebut.
Merumitkan lagi keadaan, masalah penglihatan yang dialami akibat penyakit saraf menyebabkan Mohd Izlan Iskandar, 25, hanya mampu bekerja mengambil upah mengopek kelapa dengan bayaran RM13 bagi 100 biji.
Iklan
Iklan
Namun poketnya makin 'nipis' apabila bapa kepada dua cahaya mata itu tidak dapat bekerja selepas tauke kelapa jatuh sakit.
Menurutnya, isteri, Siti Hajar Musa, 28, pula sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin terpaksa berhenti akibat penyakit kencing manis kronik.
Iklan
"Isteri cepat penat dan sekarang ini dia hanya terlantar di atas katil sehinggakan urusan menjaga dua anak berusia empat tahun saya lakukan walaupun tidak dapat melihat dengan jelas," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Tambah Mohd Izlan, bukan mereka tidak cuba menabung untuk mendapatkan bekalan elektrik dan air namun disebabkan penyakit yang dialami wang tersebut terpaksa digunakan untuk membeli ubat.
Iklan
"Kami sebenarnya sangat beruntung dan bersyukur kerana rumah yang didiami sekarang adalah hasil sumbangan orang ramai selepas kisah hidup disiarkan di Sinar Harian pada dua tahun lalu.
"Duit sumbangan orang ramai kami gunakan bina rumah ini dan bila melibatkan elektrik serta air, wang tidak mencukupi," katanya.
Menurut Mohd Izlan, bumbung rumah adalah hasil sumbangan orang ramai namun sudah mulai bocor disebabkan ianya barang terpakai.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0301641000028674 Siti Hajar Musa.
Sinar Harian pada 6 April 2020 melaporkan Siti Hajar terpaksa memberi anak kecilnya minum teh o bagi menggantikan susu yang kehabisan.
Dia terpaksa berbuat demikian kerana itu adalah pilihan terbaik buatnya selepas hilang mata pencarian semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.