Hutang berkaitan lebuh raya DASH perlu dijelaskan: PM

Iklan
Ismail Sabri (tengah) bergambar bersama ahli-ahli ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) pada majlis perasmian Konvensyen Kontraktor Bumiputera 2.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 PKMM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebarang hutang berkaitan projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka baru-baru ini perlu dijelaskan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya perlu memberi penjelasan terperinci mengenainya dan bayaran kepada kontraktor perlu diselesaikan.

Iklan
Iklan

"Mesti ada sebab bayaran tersebut tidak dijelaskan, dan walaupun selepas projek tersebut siap, kita harus melihat sama ada ia memenuhi kepuasan kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen sempena mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu dakwaan hutang yang belum dibayar kepada sebilangan subkontraktor projek DASH berjumlah lebih RM80 juta.

Iklan

Lebuhraya DASH sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk dibuka mulai 12.01 tengah malam Jumaat lepas.

13 persimpangan itu ialah Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang Dua, Subang Airport, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.

Iklan

Ia menghubungkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT). - Bernama