'Saya tak boleh campur tangan keputusan Lembaga Tatatertib'

Iklan
Mohd Radzi ketika dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran Inisiatif 'Reading Progress' Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sebuah hotel pada Selasa.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan bahawa beliau tidak boleh campur tangan dalam sebarang keputusan daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan berhubung dakwaan salah laku guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh.

Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, beliau enggan mendedahkan keputusan tersebut kerana ia bukan berada dalam bidang kuasanya.

Iklan
Iklan

"Ia ada 'border' (batasan) di mana keputusan itu akan dihantar kepada cikgu tersebut melalui ketua jabatan pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Majlis Pelancaran Inisiatif 'Reading Progress' Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sebuah hotel pada Selasa.

Iklan

Pada Sabtu, Mohd Fadli Mohamed Salleh menerusi laman Facebooknya mendedahkan beliau berdepan dengan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana didakwa menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang dikatakan terlalu tinggi.

Ulas Mohd Radzi, beliau terbuka untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja bagi memberi penjelasan mengenai perkara yang disuarakan oleh Mohd Fadli.

Iklan

Menurutnya, pihak KPM telah melaksanakan banyak inisiatif bagi menambahbaik sistem pendidikan yang ada, termasuk permasalahan yang disuarakan oleh guru berkenaan.

"Apa yang disebut (oleh Mohd Fadli) itu, kita dah buat banyak inisiatif.

"Jadi saya fikir salah satu cabaran kita adalah mesej mungkin tidak sampai ke peringkat bawah kerana kita tahu ada kekangan dan 'information overload' (maklumat berlebihan) ini.

"Namun apa yang paling penting, kita di kementerian akan mendengar, siasat dan sampaikan," ujarnya.