Johor umum esok cuti khas peristiwa
Iklan
Johor umum Ahad sebagai cuti peristiwa di atas kejayaan JDT juarai Liga Super Malaysia malam ini, Sukma dan beberapa acara sukan lain. - Foto Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan gemilang pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Liga Super Malaysia buat kali kesembilan berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam lain-lain kejuaraan yang disertai JDT pada tahun ini.
Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata, pemberian cuti khas peristiwa ini juga dibuat sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang Johor menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 lalu.
Iklan
Iklan
"Buat pertama kalinya semenjak ia mula dianjurkan pada tahun 1986, Johor menjuarai Sukma dengan mengungguli kutipan pingat sebanyak 77 pingat emas, sekali gus melepasi jauh sasaran yang ditetapkan iaitu 55 pingat emas.
"Selain itu kerajaan negeri juga ingin memberi penghargaan kepada pasukan negeri Johor dalam acara sukan lain yang mencatatkan kecemerlangan dan merangkul kejuaraan sepanjang tahun ini seperti bola jaring, menerusi Johor Jewels, menjuarai Sooka Netball Super League (NSL) 2022.
Iklan
"Pasukan sepak takraw juga beraksi cemerlang apabila berjaya menjuarai Piala Tun Ali pada bulan Ogos yang lalu manakala pasukan ragbi pula menempa kejayaan apabila menjuarai Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan bawah 21 tahun dan menjadi johan dalam Kejohanan HARP Men's U19 Championship 2022," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, pemberian cuti ini juga merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada pihak terlibat dan rakyat yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap pasukan yang bertanding.
Iklan
"Keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369]," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.