Polis minta bantuan kesan kehilangan dua remaja perempuan

Iklan
Gambar hiasan

PETALING JAYA - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehilangan dua remaja perempuan pada 2 Oktober dan 7 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua remaja itu berumur lingkungan 16 tahun.

Iklan
Iklan

"Kes pertama melibatkan seorang remaja perempuan merupakan warga tempatan dipercayai hilang selepas keluar dari rumahnya di Flat Desa Mentari di sini, kira-kira jam 8 malam.

"Kes kedua pula melibatkan seorang remaja perempuan yang juga warga tempatan hilang selepas keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, siasatan lanjut berkaitan kes terbabit masih dijalankan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor R Yugarajan di talian 014-3049419 atau Inspektor Lee Sheng Yew di talian 011-35327062," katanya.

Iklan