Setiap parti boleh keluarkan pandangan bantah PRU15: Ahmad Faizal
Iklan
PUTRAJAYA - Setiap parti politik berhak menyatakan pandangan mengenai apa jua perkara termasuk membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini kerana Malaysia mengamalkan demokrasi, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Merujuk laporan 12 ahli Kabinet dari Bersatu dan Pas tidak bersetuju PRU15 diadakan tahun ini kerana bimbang risiko banjir dan telah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan pendirian, beliau berkata:"Ini adalah negara demokrasi...kami fikir kami perlu persembahkan hasrat (bantah PRU15) kepada Yang di-Pertuan Agong."