Runtuhan salji, pendaki Austria maut

Iklan

KARACHI - Seorang pendaki gunung Austria maut dan seorang lagi cedera selepas mereka terperangkap dalam runtuhan salji di utara Pakistan pada Khamis, menurut polis.

Runtuhan salji itu berlaku di destinasi pelancongan terkenal di lembah Shamshal di wilayah Gilgit-Baltistan, bersempadan dengan China.

Iklan
Iklan

Pasangan Austria itu, bersama seorang pemandu pelancong tempatan, dalam perjalanan turun melalui trek apabila runtuhan salji berlaku, kata Ketua Polis Hunza Zahoor Ahmad kepada Agensi Anadolu menerusi panggilan telefon.

Pendaki wanita dan pemandu pelancong itu mengalami kecederaan dan dalam keadaan selamat, kata Ahmad.

Iklan

Ekspedisi itu dijadualkan kembali ke Kem Pangkalan pada 4 Oktober tetapi menangguhkannya berikutan cuaca buruk, menurut laporan itu.

Gilgit-Baltistan mempunyai lima puncak dengan ketinggian melebihi 8,000 meter (26,247 kaki), termasuk puncak kedua tertinggi di dunia, K-2.

Iklan

Rantau ini menarik ratusan pendaki dari seluruh dunia setiap tahun. Ekspedisi, bagaimanapun sering menemui kemalangan, melibatkan kematian dan kecederaan kerana bentuk rupa buminya yang berbahaya dan cuaca yang tidak menentu.

Pendaki ikonik Pakistan Muhammad Ali Sadpara, John Snorri dari Iceland dan Juan Pablo Mohr dari Chile terbunuh pada Julai 2021, ketika cuba menawan K2.

Seorang lagi pendaki gunung Austria Christian Huber terbunuh apabila runtuhan salji menimpa khemah pendaki semasa ribut kuat pada ketinggian 5,900 meter di Puncak Ultar Sar di lembah Hunza pada 2018. - Bernama