Pertemuan Ismail Sabri, Agong bincang isu kerajaan

Iklan
Al-Sultan Abdullah (kanan) ketika berkenan menerima menghadap Ismail Sabri di Istana Negara pada Khamis.

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, pada Khamis.

Kenyataan di Facebook Istana Negara memaklumkan memaklumkan mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Iklan
Iklan

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Negara pada jam 4.44 petang.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Beliau sebelum itu hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira sejam.

Iklan

Ismail Sabri sebelum itu pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan (MOF) pada Khamis dilihat terus berteka-teki sama ada Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat seperti dijadualkan ataupun tidak.

Menurutnya, pelbagai spekulasi mengenai Bajet 2023 akan menemui jawapannya esok.

Iklan

Dalam pada itu, Istana Negara sebelum ini turut menafikan laporan yang mendakwa Ismail Sabri mengadakan pertemuan itu bagi memohon pembubaran Parlimen.