Jumlah mangsa banjir di Johor tidak banyak berubah
Iklan
Keadaan banjir di Kampung Sri Gambut Pekan Nanas, Pontian pada Selasa.
JOHOR BAHRU - Bilangan mangsa banjir di negeri ini tidak banyak berubah iaitu 114 setakat jam 12 tengah hari pada Selasa berbanding 112 pada sebelah pagi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di dua daerah terjejas iaitu Kluang dan Pontian.
Iklan
Iklan
Kluang masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu seramai 75 daripada 26 keluarga yang ditempatkan di dua buah PPS di daerah itu.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan pemantauan banjir di Kampung Sri Gambut Pekan Nanas, Pontian pada Selasa.
"Di Pontian, seramai 39 mangsa banjir adalah dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya.
Iklan
"Manakala di Kluang, mangsa banjir dari Kampung Tengah, Renggam dan Kampung Sungai Linau masih ditempatkan di PPS di SK Sri Kampung Renggam dan SK Sungai Linau," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Katanya, kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam pada sebelah pagi, Ahad lalu menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.
Iklan
"Berdasarkan imej radar cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi pada jam 9 pagi pada Selasa, tiga daerah diberi amaran ribut petir iaitu Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>