Mangsa banjir di Johor terus meningkat
Iklan
Anggota APM memindahkan mangsa banjir di Pontian ke PPS di SK Melayu Raya, Pontian, pada Ahad, selepas kediaman penduduk dilanda banjir kilat.
JOHOR BAHRU - Mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini terus meningkat kepada 271 orang daripada 79 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi Isnin.
Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa banjir bertambah berbanding 245 orang daripada 72 keluarga pada jam 10 malam Ahad.
Iklan
Iklan
"Mangsa banjir tersebut melibatkan tiga daerah iaitu Kluang, Pontian dan Kulai. Daripada 271 mangsa banjir tersebut, 60 orang daripada 22 keluarga dari Kluang yang dipindahkankan ke dua PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Renggam dan SK Sungai Linau.
16 keluarga mangsa banjir di Pontian dipindahkan ke PPS di SK Melayu Raya, Pontian, pada Ahad.
"Mangsa banjir di Kluang melibatkan Kampung Tengah, Renggam manakala mangsa banjir di Pontian pula melibatkan 52 orang daripada 16 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Melayu Raya," menurut kenyataan itu pada Isnin.
Iklan
APM Johor memberitahu, mangsa banjir dari Pontian melibatkan Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti.
Sementara di Kulai pula melibatkan 159 mangsa banjir daripada 41 keluarga yang ditempatkan di satu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, semuanya dari Kampung Melayu Bukit Batu.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>