Lebih 10,000 PPS dijangka diwartakan hadapi banjir
Iklan
SHAH ALAM - Lebih 10,000 pusat pemindahan sementara (PPS) bakal diwartakan jika sekolah berasrama penuh turut dijadikan fasiliti bagi persiapan menghadapi bencana banjir hujung tahun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sehingga kini kementeriannya telah mengenal pasti sebanyak 6,010 PPS untuk menempatkan mangsa banjir di seluruh negara.