Kes pukul, pelawak dibebaskan dengan jaminan polis
Iklan
Pelawak tanah air semasa di bawa ke Mahkamah Seremban tadi.
SEREMBAN - Pelawak terkenal tanah air yang dipercayai memukul dan menendang seorang pengawal keselamatan dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai di sini malam kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata arahan itu dikeluarkan mahkamah selepas polis membuat permohonan untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Seremban.
Iklan
Iklan
"Permohonan reman terhadap pelawak itu ditolak mahkamah dan dia dibebaskan dengan jaminan. Bagaimanapun kes tersebut masih diteruskan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Pelawak tersebut tiba ke mahkamah jam 8.30 pagi bersama tahanan lain dengan menaiki trak polis.
Iklan
Sebelum itu dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai ketika hadir untuk memberi keterangan jam 5 petang semalam.
Mohd Nor Marzukee berkata, dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, artis itu yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengekori kenderaan seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.
Iklan
"Selepas itu pengawal keselamatan menutup palang pos keselamatan dan mengejar kereta pelawak terbabit. Selang beberapa minit dia ingin keluar dari perumahan tersebut dan mendapati palang ditutup.
"Dia kemudiannya turun dari kenderaan sebaik sahaja mangsa sampai lalu berlaku pertengkaran. Dia dipercayai menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang pinggang serta membaling batu,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Guru berdepan dua pertuduhan amang seksual pelajar Tingkatan Tiga"><meta itemprop="description" content="Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Jelebu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga, Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Muhammad Faaris Ar Radhi Mohamad Fadzil, 29, didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806057/berita/mahkamah/guru-berdepan-dua-pertuduhan-amang-seksual-pelajar-tingkatan-tiga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesjenayahseksual"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T07:50:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE3Iw1h1fDHsh8A8M/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzphoa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzphoa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzphoa"></script>