19 terbunuh, 28 cedera dalam letupan bom
Iklan
ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman bunuh diri di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan, Kabul, pada pagi Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
Pengebom berkenaan mensasarkan pelajar di institusi pendidikan Kaaj di kejiranan Dasht e Barchi, di Presint 13 Kabul pada 7.30 pagi waktu tempatan (0300GMT), semasa pemeriksaan masuk pelajar di instutusi itu, menurut Khalid Zadran, jurucakap polis ibu negara.