Ihsan Johor kumpul bantuan hadapi musim tengkujuh
Iklan
Farrah Faridah (kanan) bersama sukarelawan lain menyusun barangan yang dikumpul Ihsan Johor sebagai persediaan berdepan musim tengkujuh.
JOHOR BAHRU - Pertubuhan Ihsan Johor sedang giat mengumpulkan bekalan makanan kering yang sedia dimakan sebagai persediaan untuk diagihkan kepada mangsa banjir ketika musim tengkujuh yang dijangka pada November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsan Johor, Farrah Faridah Baptist berkata, makanan kering yang sedia dimakan seperti biskut, roti dan air kotak mudah untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan gerak kerja yang pernah dilakukan pada misi bantuan banjir di Segamat dan beberapa negeri lain termasuk Kedah dan Pahang, mangsa banjir amat memerlukan bantuan makanan kering.
"Kami juga sedang mengumpulkan keperluan lain termasuk sabun basuh dan cecair peluntur berikutan ia adalah antara barangan yang paling banyak dimohon mangsa banjir tahun lalu selain tuala wanita," katanya ketika ditemui di Markas Pertubuhan Ihsan Johor di sini pada Rabu.
Iklan
Beliau berkata, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran menyertai mesyuarat penyelarasan bencana terutama ketika musim tengkujuh.
"Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri seharusnya mempelawa NGO dalam mesyuarat penyelaras bencana supaya koordinasi dan penyelarasan tenaga kerja sukarelawan dapat dilakukan.
Iklan
"Saya serta beberapa wakil NGO sudah mengutarakan cadangan ini dalam Bengkel Rejuvenasi Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) pada Julai lalu. Nadma memberikan respon yang positif dan menyokong saranan tersebut," katanya.
Farrah Faridah berkata, sebagai NGO perkara penting yang diharapkan adalah saling melengkapi dan berganding bahu ketika bencana berlaku.
"Bukan hendak bersaing dengan mana-mana agensi kerajaan tetapi setiap pihak perlu bekerjasama.
"Kami NGO di Johor sudah mula bekerjasama dan melakukan koordinasi sejak awal tahun lalu bagi perkongsian sumber supaya agihan bantuan dan sumber tenaga dapat dilakukan dengan berkesan," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.