Mazlan Mansor Pengerusi YIDE baharu
Iklan
Majlis penyerahan surat pelantikan jawatan itu disempurnakan oleh Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Tan Sri Mazlan Mansor sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berkuat kuasa pada 16 Julai lalu hingga 31 Disember tahun depan.
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, pelantikan Mazlan ke jawatan itu berdasarkan asas pertimbangan kapasiti jaringan sosial dimiliki beliau yang sebelum ini sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.