Isteri Exco Perlis meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Hashimah Kassim. Foto: Dr Azizi

KANGAR - Isteri kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Azizan Sulaiman, meninggal dunia akibat kanser di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), malam Isnin.

Allahyarham Hashimah Kassim, 58, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.06 malam Isnin.

Iklan
Iklan

Anak lelaki Azizan, Dr Azizi, ketika dihubungi Bernama berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Pauh pada Selasa.- Bernama

Iklan
Iklan