Clarke gembira Scotland atasi Ukraine
Iklan
Pemain Scotland, Ryan Christie (tengah) mengawal kemas bola melepasi kawalan pemain Ukraine, Oleksandr Pikhalonok, pada aksi Liga Negara-Negara UEFA pada Khamis. - Foto EPA
KEMENANGAN 3-0 ketika berdepan Ukraine pada aksi Liga Negara-Negara UEFA pada Khamis, nyata menggembirakan pengendali Scotland, Steve Clarke.
Menurut Clarke, kemenangan berkenaan terhasil daripada kerja keras daripada setiap pemain selain mematuhi percaturan taktikal yang telah diatur.
Iklan
Iklan
"Saya telah katakan berulang kali bahawa segala latihan yang dilalui pemain adalah sangat mustahak bagi menjamin kejayaan.
"Pada perlawanan ini, kita menjaringkan dua gol menerusi sepakan sudut Ini bermakna Austin (MacPhee) benar-benar telah melakukan ‘kerja’ yang diamanahkan kepadanya.
Iklan
"Selain itu dua pemain gantian, Lyndon Dykes dan Ryan Fraser, turut mempamerkan aksi terbaik,” katanya.
Pada perlawanan berkenaan, Scotland membuka jairngan menerusi John McGinn pada minit ke-70 sebelum pemain gantian, Lydon Dykes meledak dua gol pada minit ke-80 dan min-87 bagi mengesahkan kemenangan.
Iklan
Kemenangan itu menyaksikan Scotland teurs berada di puncak Kumpulan B dengan meraih sembilan mata hasil tiga kemenangan dan tewas sekali daripada empat perlawanan yang diharungi.
Sementara itu Clarke berkata, segala kredit untuk kejayaan malam ini wajar diberikan kepada pemain dan bukan kepada dirinya.
"Bagi saya, segala kredit wajar diberikan kepada pemain-pemain yang beraksi, saya hanya mencatur strategi untuk mereka.
"Apa pun kemenangan ini diharap memberikan sedikit suntikan semangat menjelang aksi berdepan Irelad, Ahad ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>