APM Johor kenal pasti 141 'hotspot' banjir

Iklan
Kamal (kanan) melihat anggota APM proses uji lari sistem awam di Pejabat APM Daerah Johor Bahru pada Rabu.

JOHOR BAHRU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor mengenal pasti 141 kawasan yang kerap berlaku banjir kilat dan banjir besar di negeri ini sejak lima tahun lalu.

Pengarah APM Johor, Penolong Pesuruhjaya Kamal Mokhtar berkata, kajian terkini mendapati semua 10 daerah berpotensi banjir termasuk Segamat, Pontian dan Tangkak yang jarang berlaku banjir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, banjir diramal berlaku bermula November ini hingga Mac tahun depan.

"Daripada segi keanggotaan dan logistik, itu sudah mencukupi kerana bukan APM sahaja yang digembeleng ketika perubahan Monsun Timur Laut, sebaliknya diperkuatkan dengan pelbagai agensi terlibat," katanya dalam sidang akhbar selepas uji lari sistem awam (PWS) APM di Pejabat APM Daerah Johor Bahru di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, tidak timbul isu tidak cukup keanggotaan serta kelengkapan logistik kerana boleh memohon daripada agensi yang lain.

Menurut Kamal, kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana bagi membincangkan mengenai persediaan setiap agensi pada ketika musim tengkujuh kali ini.

Iklan

"APM Johor telah melaksanakan beberapa langkah proaktif ataupun langkah awal dalam usaha bersiap siaga bencana di Johor.

"Johor mengalami cuaca yang agak lembap dan berlaku beberapa banjir kilat di setiap daerah sepanjang tahun ini. Susulan itu, kita sudah bersiap siaga daripada awal tahun sehingga akhir tahun ini," katanya.

Katanya, APM juga akan menggunakan siren PWS jenis elektrik di Pejabat APM Daerah Johor Bahru bagi memberi amaran mengenai ancaman bencana, kecemasan dan ketenteraman.