PRU15: Pemuda Amanah mahu kerusi 'gred A'
Iklan
SEREMBAN - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mahu pucuk pimpinan mengutamakan kerusi ‘gred A’ atau kerusi ‘boleh menang’ diberikan kepada sayap itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Hasbie Muda berkata, sayap itu menuntut agar kerusi yang diagih perlu setanding dengan rakan politik lain iaitu bersifat boleh menang."Ada rakan sebut kekecewaan, parti lebih mudah melepaskan kerusi gred A kepada rakan, kepada sayap pemuda sendiri kerusi ‘national service’ sahaja diberikan.