Jenaka paderi dan biarawati: 'Dengan penuh rendah hati saya sedia mohon maaf' - Noorazli

Iklan
Noorazli berkata, kontroversi yang tercetus itu akan dijadikan pengajaran untuknya supaya lebih berhati-hati dalam memilih analogi dan menyampaikan sesuatu pandangan pada masa akan datang.

SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said bersedia memohon maaf sekiranya kisah yang disampaikan ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak, khususnya penganut agama Kristian.

Beliau menjelaskan, kisah berkenaan digunakan sebagai analogi bagi menyampaikan pengajaran mengenai kepentingan fokus, ketekunan dan kebijaksanaan dalam mencapai sesuatu matlamat.

Iklan
Iklan

"Ia sama sekali tidak dimaksudkan untuk menghina, memperlekeh atau mempersendakan mana-mana individu, kepercayaan mahupun agama.

"Namun saya memahami bahawa apabila sesuatu cerita menyentuh figura atau rujukan keagamaan, ia boleh ditafsirkan secara berbeza dan menimbulkan salah faham khususnya dalam masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan kepercayaan.

Iklan

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa Noorazli memohon maaf secara terbuka selain menegaskan bahawa agama bukan perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

Beliau turut menegaskan kenyataan Noorazli tidak menggambarkan pendirian UMNO, sebaliknya merupakan pandangan peribadi beliau.

Iklan

Desakan sama turut dibuat Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang menyifatkan jenaka berunsur seksual membabitkan biarawati dan paderi Katolik sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, tanpa mengira niat di sebaliknya.

Dalam pada itu Noorazli berkata, kontroversi yang tercetus itu akan dijadikan pengajaran untuknya supaya lebih berhati-hati dalam memilih analogi dan menyampaikan sesuatu pandangan pada masa akan datang.

"Saya menghormati setiap agama dan kepercayaan serta sentiasa menjunjung keharmonian, sikap saling menghormati dan persefahaman yang menjadi asas penting kepada kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.

"Semoga penjelasan ini dapat meredakan salah faham yang timbul dan kita dapat terus memelihara keharmonian serta semangat saling menghormati antara satu sama lain," ujarnya.