Ratu Elizabeth II contoh terbaik buat pemerintah: Tun M
Iklan
Dr Mahathir
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa sedih atas pemergian pemerintah paling lama bertakhta di Great Britain, Ratu Elizabeth II.
Menurutnya, Ratu Elizabeth II merupakan contoh terbaik kepada mana-mana pemerintah yang bernaung di bawah kerajaan berpelembagaan.
Iklan
Iklan
"Pemergiannya bukan sahaja merupakan satu kehilangan buat Britain tetapi juga buat mereka yang percaya kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
"Saya telah beberapa kali bertemu dengan baginda ratu terutamanya ketika mesyuarat melibatkan negara-negara Komanwel.
Iklan
"Saya teringat ketika baginda tertawa tentang ucapan berbaur jenaka yang saya ucapkan ketika di Zimbabwe.
"Di dalam jenaka itu saya ada berkata bahawa raja-raja Melayu dahulu digelar sebagai penguasa kepada kerajaan, akan tetapi mereka tidak mentadbirnya, sebaliknya dikawal oleh penasihat-penasihat British” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.
Iklan
Jelas beliau, ucapan tersebut telah disiarkan oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC) ketika Ratu Elizabeth II itu menyambut jubli emasnya.
Dr Mahathir menambah, beliau masih mengingati saat di mana mereka bersama-sama mempengerusikan mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang pada masa sama turut berlangsung sukan melibatkan negara-negara tersebut.
Beliau tidak menyangka baginda ratu akan mangkat dalam masa terdekat memandangkan umur mereka yang hanya berjarak setahun.
"Semoga baginda ratu berehat dengan tenang di sana,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>