Fasiliti Gua Damai ditambah baik tahun depan

Iklan
Amirudin (kiri) ketika hadir di Karnival Ekstrem Gua Damai pada Ahad.

BATU CAVES - Lebih banyak fasiliti dan infrastruktur akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya Taman Ekstrem Gua Damai dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Karnival Ekstrem Gua Damai yang berlangsung selama dua hari sejak Sabtu berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung menunjukkan lokasi bagi aktiviti lasak tersebut semakin dikenali.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beberapa penambahbaikan sedang dalam perhatian antaranya meningkatkan kemudahan bagi aktiviti eksplorasi Gua Damai yang akan menjadi fokus pada tahun hadapan.

"Saya ikuti rapat perkembangan di Gua Damai, dulu tidak ada apa-apa dan kini telah banyak perubahan hingga menambah jumlah pengunjung serta membantu ekonomi penduduk setempat," katanya pada Karnival Ekstrem Gua Damai pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, antara aktiviti yang terdapat di Gua Damai adalah rock climbing, abseiling, ekplorasi Gua Damai, flying fox dan trek basikal BMX.

Tambahnya, naik taraf Gua Damai antara salah satu fokus penyediaan fasiliti kemudahan pelancongan dalam Belanjawan Selangor 2023.

Iklan

"Ada keperluan tambah baik fasiliti pelancongan di Selangor. Sebelum ini, peruntukan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan serta syarikat persendirian melalui bantuan kerajaan negeri itu lebih baik.

"Kalau sebelum ini pelancongan menumpukan kepada promosi, ia perlu seiring dengan keperluan fasiliti sebagai nilai tambah bagi memudahkan pelancong seperti papan tanda arah (signboard), kedai makan bersesuaian, tandas dan lain-lain," katanya.