Air pasang besar: Penduduk Klang diarah siap siaga mulai Ahad
Iklan
KLANG - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengingatkan penduduk di daerah ini agar peka dengan fenomena air pasang besar yang bakal melanda pada bulan ini hingga Disember depan.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Jumaat.