Public Bank naikkan kadar pinjaman, pembiayaan 0.25 peratus
Iklan
PUBLIC Bank akan menaikkan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) / kadar pembiayaan asasnya (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa pada 12 September.
Langkah ini selaras dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas daripada 2.25 peratus kepada 2.50 peratus.