Hibah TH: Pemuda Pas minta jawapan sebenar menteri

Iklan
Khalil Abdul Hadi

SHAH ALAM - Pemuda Pas meminta jawapan sebenar daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berhubung pengagihan hibah Tabung Haji (TH) yang terlalu sedikit dan situasi sebenar badan itu.

Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berpendapat, rakyat negara ini khususnya pendeposit pasti ingin mengetahui bagaimana Kementerian Kewangan mengendalikan syarikat tujuan khas (SPV) berkaitan aset-aset yang dipindah milik dari TH.

Iklan
Iklan

"Saya pasti satu Malaysia hendak tahu siapa sebenarnya mengetuai SPV tersebut dan bagaimana beliau mengendalikannya.

"Saya juga pasti satu Malaysia mahu orang Islam yang mengetuai dan mengendalikan SPV tersebut memandangkan TH merupakan antara institusi Islam terbesar yang mempunyai tunai serta aset cukup besar di dalam mahupun luar negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Semalam, pada sidang media pengumuman hibah TH, Mujahid mendakwa kadar agihan tersebut sebanyak 1.25 peratus paling rendah dalam sejarah disebabkan masalah dihadapi badan akibat pentadbiran lalu.

Jelasnya, TH di bawah kerajaan BN telah membuat agihan dividen melanggar akta ditetapkan selama empat tahun berturut-turut.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Hibah TH pada kadar 1.25 peratus

Tambahnya, pentadbiran TH terdahulu juga telah melakukan manipulasi akaun bagi membolehkan agihan tinggi hibah diumumkan.

Mengulas lanjut, Khalil berkata, selepas PH menang pada PRU14, setiap kelemahan yang terdapat di peringkat kementerian mahupun agensi kerajaan, kesalahan tersebut pasti diletakkan kepada kerajaan terdahulu.

"Saya harap cukuplah jawapan yang tersebut dan memang diakui terdapat kelemahan pada TH namun usahlah kelemahan tersebut di jadikan alasan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengembalikan TH kepada fungsi asalnya iaitu sebagai tabungan kepada pendeposit bagi menunaikan ibadah haji dan kebajikannya.

"Jika benar TH bermasalah, satu pelan pemulihan berkesan dan konstruktif perlu dilaksanakan. Kita tidak mahu rakyat terutamanya umat Islam hilang keyakinan kepada badan itu.

"TH perlu di kembalikan kepada landasan serta matlamat asalnya penubuhannya dan kembali menjadi kebanggaan umat Islam," katanya.