Ashwad Ismail dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia baharu

Iklan
Fahmi (kanan) mengucapkan tahniah kepada Ashwad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran baharu. Foto: Facebook Fahmi Fadzil

SHAH ALAM – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu dan Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.

Fahmi merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan mereka ke jawatan tersebut, sekali gus berharap kehadiran Ashwad dan Sharifah Adlina dapat terus memacu transformasi industri penyiaran negara.

Iklan
Iklan

“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi! Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu, saudara Ashwad Ismail serta Timbalan Ketua Pengarah, Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah.

“Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Iklan

Pada Isnin, selepas lebih 19 tahun berkhidmat di Astro Awani, Ashwad mengumumkan pengundurannya sebagai Ketua Pengarang Astro Awani.

Ashwad menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada Jumaat.

Iklan