Remaja lemas di air terjun Puncak Janing

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM yang turut berada di lokasi kejadian.

PADANG TERAP - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di air terjun Puncak Janing, Kuala Nerang pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa berusia 17 tahun dikenali sebagai Mohd Apnan Mohd Rais.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Nerang menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah hari berhubung menyelamat mangsa lemas.

"Anggota BBP Kuala Nerang menjalankan operasi mencari dan menyelamat menggunakan kaedah 'griping iron' di kawasan dipercayai mangsa lemas dan telah menemukan mangsa pada jam 1.12 petang.

Iklan

"Mangsa dibawa naik menggunakan pengusung dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohamadul Ehsan berkata, mayat remaja tersebut kemudian telah diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya dan operasi tamat pada jam 2.18 petang pada Rabu.

Iklan