Kos tinggi tangkap, mandul anjing liar
Iklan
Laporan Apa Khabar Rakyat pada Sabtu menyingkap masalah kehadiran anjing liar berkeliaran di beberapa kawasan perumahan di Seremban.
SEREMBAN - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengeluarkan kos sebanyak RM350,000 untuk operasi menangkap anjing liar termasuk kos memandulkan haiwan tersebut sepanjang tahun lalu.
Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 3,500 ekor anjing liar telah ditangkap dan kini ditempatkan di sebuah tempat perlindungan anjing liar di Rantau di sini.
Iklan
Iklan
"Operasi menangkap anjing dilakukan oleh kontraktor yang dilantik dan tempat perlindungan itu pula dikendalikan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Bukan jumlah yang sedikit MBS keluarkan untuk mengendalikan isu anjing liar ini dan sehingga kini kita masih cuba mencari jalan penyelesaian terbaik," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Menurut Masri, pihaknya mengakui bukan mudah untuk mengendalikan isu anjing liar kerana ia melibatkan kos yang tinggi termasuk mengambil kira sensitiviti segelintir pihak.
Pada masa sama katanya, banyak aduan diterima daripada masyarakat terutama di kawasan perumahan.
Iklan
"Saya juga nak minta kerjasama masyarakat supaya tidak memberi makan kepada anjing liar kerana ia boleh menjadi faktor haiwan itu berkeliaran dan membiak di tempat mereka," katanya.
Dalam pada itu katanya, sebuah lagi tempat perlindungan anjing liar dicadang dibuka di daerah ini dan ia dalam proses mencari lokasi yang sesuai.
Bagaimanapun beliau mengakui ia bukan jalan penyelesaian sepenuhnya yang dapat mengatasi isu anjing liar yang membelenggu penduduk.
"Sampai bila kita nak tangkap dan tempatkan anjing ini di tempat perlindungan saja. Jadi kita masih memikirkan langkah-langkah yang sesuai," katanya.
Sebelum ini Sinar Harian menerusi laporan ruangan Apa Khabar Rakyat melaporkan keresahan penduduk di kawasan Senawang berkenaan isu anjing liar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>