Idea kerjasama PN-PH demi kepentingan peribadi, kuasa: Rafizi
Iklan
Rafizi
SHAH ALAM - Kerjasama yang ingin dibuat Perikatan Nasional (PN) dengan Pakatan Harapan (PH) didakwa demi kepentingan peribadi dan kuasa, bukan untuk negara.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan negara perlu diselamatkan daripada UMNO dan BN sebagai alasan untuk bekerjasama dengan PH.
Iklan
Iklan
"Kata Muhyiddin, kalau tidak kita berdepan dengan rasuah, penyelewengan kuasa dan lain-lain.
"Sedang Muhyiddin takut dengan rasuah dan penyelewengan kuasa UMNO, Muhyiddin juga yang menerima ahli-ahli Parlimen UMNO yang terpalit dengan rasuah masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk beliau menjadi Perdana Menteri.
Iklan
"Muhyiddin takut dengan kerosakan yang akan dibawa UMNO, tetapi beliau dan PN juga yang membentuk kerajaan bersama-sama dengan UMNO. Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan sekarang bukan dari PH, mereka dari UMNO.
Pada Isnin, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, idea kerjasama PN dengan pembangkang disuarakan kerana mahu menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa.
Iklan
Dalam pada itu, Rafizi berpandangan, tidak ada satu pun pentadbiran menteri daripada Bersatu yang memberikan impak berpanjangan kepada rakyat.
Malah katanya, semua menterinya kini kecundang dan sudah dilupakan.
Menurut beliau, ketika menteri daripada PN berada dalam kerajaan PH, mereka juga tidak memberikan contoh terbaik, malah mengundang kekecewaan rakyat terhadap gabungan parti itu.
"(Datuk Seri) Mohamed Azmin Ali gagal sebagai menteri ekonomi, sumbangan terbesar (Datuk Seri) Mohd Redzuan Md Yusof Redzuan Yusof (Pak Wan) hanyalah idea kereta terbang.
"Sehingga sekarang PH dipersalahkan atas kebodohan idea watak-watak Bersatu yang kini berada dalam PN.
"Seorang lagi watak PN, (Datuk Seri) Rina Harun dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang mengawal agensi-agensi penting yang sepatutnya boleh mengubah kehidupan rakyat di desa.
"Sehingga sekarang, tidak ada sebarang idea baharu yang pernah diketengahkan Rina Harun, yang berubah hanya penampilan beliau, rakyat desa hidupnya sama,” katanya lagi.
Beliau dalam pada itu akan terus meyakinkan rakyat melalui usaha PH dalam menentang rasuah, membasmi politik kebencian perkauman dan membawa idea-idea baharu untuk menyelesaikan masalah rakyat.
"Kalau kami jadi kerajaan, kami akan tadbir dengan prinsip dan pendekatan kami. Kalau kekal pembangkang, kami akan pastikan kerajaan tidak sakau duit rakyat.
"Itu lebih bermaruah daripada berpakat hanya untuk mendapat kuasa,” katanya.
Tindakan mencantumkan logo UMNO dan DAP disifatkan sebagai manifestasi akar umbi yang menolak kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan.
Pengarah Jentera Pilihan Raya Pemuda Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Muhammad Hilman Idham menegaskan, keadaan itu merupakan perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya bagi menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat.
Walau bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu tetap menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662121/berita/politik/cantum-logo-umno-dap-itu-manifestasi-akar-umbi-umno-dakwa-pemuda-pn
Muzik: Elevate dari www.bensound.com