Remaja Rusia kerdil terkenal di TikTok

Iklan
Hasbulla Magomedov dibawa menaiki kereta Rolls-Royce bernilai RM5.36 juta setiba di Sydney baru-baru ini. - Foto Instagram/ Hasbulla.hushetskiy

SYDNEY - Seorang warga Rusia yang popular di TikTok, Hasbulla Magomedov memperagakan pakaian berjenamanya yang sangat mahal ketika dia tiba di Sydney baru-baru ini.

Remaja berusia 19 tahun itu kerdil tetapi terkenal dengan penampilan seperti kanak-kanak bergaya dengan kemeja putih dan seluar jeans biru ketika dia berjalan-jalan di lapangan terbang di bandar raya tersebut.

Iklan
Iklan

Ketinggiannya hanya di bawah 100 sentimeter tetapi Hasbulla telah mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Hasbulla membawa beg Gucci dan memakai kasut bertali kanak-kanak Dolce & Gabbana yang berharhga mahal.

Iklan

Dia telah disambut oleh sekumpulan pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Sydney sebelum diiringi ke sebuah kereta mewah Rolls-Royce bernilai AS$1.2 juta (RM5.36 juta).

Selepas tiba di hotelnya, bintang TikTok itu dilihat dibawa ke sekitar Sydney oleh rakannya.

Iklan

Hasbulla mula terkenal pada akhir 2020 apabila dia mula menyiarkan video di Instagram dan TikTok tentang dirinya yang melakukan aksi dan gurauan berani.

Dia menghidap masalah Kekurangan Hormon Pertumbuhan atau lebih dikenali sebagai kerdil.- Agensi