Pengurusan kes rayuan pendakwa terhadap Samirah Isnin depan
Iklan
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 5 September ini bagi pengurusan kes rayuan pendakwaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah Muzaffar dan dua remaja daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.
Rahmat Mohamed Hazlan, seorang daripada peguam yang mewakili Samirah, ketika dihubungi pada Isnin mengesahkan bahawa pengurusan kes tersebut pada hari berkenaan akan dijalankan menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.