Najib gagal timbulkan keraguan munasabah

Iklan
Najib - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perayu tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

Ketika membaca keputusan penghakiman, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah mempertimbangkan keterangan pembelaan dengan teliti dan menjalankan analisis menyeluruh terhadap kes itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mahkamah tidak boleh menyimpulkan bahawa mana-mana dapatan Mohd Nazlan sebagai mana dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan di sini, adalah salah sehingga memerlukan campur tangan hingga prosiding rayuan.

Beliau yang mempengerusikan lima panel hakim berkata, mahkamah bersetuju bahawa pembelaan oleh perayu sememangnya tidak konsisten dan gagal untuk mematahkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Iklan

"Setelah meneliti bukti, penghujahan dan rekod rayuan yang lain, kami dapati perayu seperti yang terkandung dalam petisyen rayuan adalah tidak bermerit.

Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Iklan

Tengku Maimun berkata, Mohd Nazlan telah menjalankan tugas yang sangat terperinci beserta analisis objektif bukti untuk menyokong penemuannya dalam kes pendakwaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, semasa perbicaraan kes, perayu tidak mempertikaikan bahawa RM42 juta memasuki akaun bank peribadinya.

Sebaliknya, Najib hanya mencabar elemen ‘mens rea’ iaitu kesemua tujuh pertuduhan adalah berniat jahat dan menafikan mengetahui bahawa dana itu adalah daripada SRC.

Tengku Maimun berkata, Najib juga menegaskan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi yang dirangka oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low bersama setiausaha sulit Najib, Azlin Alias; Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan pihak bank.

Bukan itu sahaja beliau berkata, Najib mempertahankan bahawa wang yang dikreditkan ke akaun bank AmIslamic peribadinya, diterima adalah hasil derma dari Arab Saudi.

Namun pendakwaan selaku responden sebelum ini menghujahkan bahawa bukti dokumentari membuktikan perayu telah membelanjakan RM42 juta itu.