[VIDEO] Ketibaan Najib di mahkamah disambut ratusan penyokong

Iklan
Kenderaan membawa Najib dikerumuni oleh ratusan penyokongnya di pekarangan Kompleks Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya pada Selasa.

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Persekutuan bagi menghadiri prosiding hari ke-lima rayuan akhir sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Beliau tiba jam 9.20 pagi disambut ratusan penyokongnya yang menunggu kehadiran Ahli Parlimen Pekan itu di pekarangan mahkamah.