Bincang peniaga menjaja di simpang lampu isyarat
Iklan
Mohd Nurkhuzaini
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri mengambil keputusan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu peniaga menjaja di persimpangan lampu isyarat yang dilihat semakin rancak umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, jawatankuasa itu dianggotai pihak berkuasa tempatan dan Polis Diraja Malaysia bahagian trafik.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perkembangan peniaga menjaja di persimpangan memerlukan satu garis panduan khusus sebagai rujukan dan jawatankuasa khas itu akan membincangkan perkara itu termasuk membuat satu dasar apa yang boleh dan tidak boleh penjaja lakukan.
"Kita tengok sekarang hampir keseluruhan simpang di Terengganu ada penjaja jadi kita akan buat satu dasar supaya kalau ada permasalahan boleh kita ambil jalan penyelesaian terutama melibatkan isu keselamatan.
Iklan
"Saya melihat anak muda menjual di persimpangan jalan ini sebagai satu kreativiti dan maklumat kita dapat selepas jumpa dengan pengusaha, pendapatan yang mereka perolehi jauh lebih baik dari duduk di dalam kedai,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) mengenai isu peniaga jalanan di persimpangan lampu isyarat yang dilihat semakin rancak pada persidangan DUN di Wisma Darul Iman, hari ini.
Iklan
Terdahulu, menjawab soalan Nawi berkaitan program peniagaan baharu bagi golongan muda negeri ini yang dilaksanakan kerajaan negeri, Mohd Nurkhuzaini berkata, kerajaan negeri meluluskan program Usahawan Belia Sejahtera (U-Best) dalam Bajet 2019.
Melalui program itu katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta untuk melahirkan kira-kira 150 usahawan belia setahun.
"Pengambilan sesi pertama seramai 40 orang yang akan bermula pada April ini di mana fokus utama program ini adalah kepada latihan keusahawanan dan bantuan untuk belia yang akan menjalankan aktiviti perniagaan atas talian,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal