Nooh Gadut Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI baharu

Iklan
Sultan Sharafuddin (tengah) menyaksikan majlis serah tugas oleh Wan Zahidi (kiri) kepada Nooh pada majlis berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Isnin. - Foto FB Selangor Royal Office

SHAH ALAM - Bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) baharu.

Menerusi kemas kini di Facebook Selangor Royal Office memaklumkan, pelantikan itu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Iklan
Iklan

"Hari ini (Isnin), baginda selaku Pengerusi MKI berkenan mengurniakan watikah pelantikan tersebut di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

"Baginda menyaksikan majlis serah tugas daripada mantan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang juga Mufti Perak kepada Nooh," menerusi kenyataan itu pada Isnin.

Iklan

Nooh yang merupakan lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Islam dan Syariah Islamiah.

Beliau telah berkhidmat sebagai Mufti Johor sejak 1999 hingga 2008.

Iklan