4,850 individu autistik berdaftar OKU di Pulau Pinang

Iklan
Seramai 4,850 individu autistik berdaftar sebagai OKU di Pulau Pinang sehingga 30 September tahun ini. Foto hiasan

GEORGE TOWN - Seramai 4,850 individu autistik berdaftar sebagai orang kurang upaya (OKU) di Pulau Pinang sehingga 30 September tahun ini dengan majoriti terdiri daripada golongan berusia bawah 18 tahun.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, daripada jumlah itu, seramai 4,021 individu berumur bawah 18 tahun diikuti 727 orang berusia 19 hingga 35 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 97 individu pula berumur antara 36 hingga 59 tahun, manakala lima orang berusia 60 tahun dan ke atas.

“Berdasarkan pecahan daerah, Timur Laut mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,605 individu diikuti Seberang Perai Tengah (1,104), Seberang Perai Utara (1,028), Barat Daya (576) dan Seberang Perai Selatan (537)," katanya pada pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-15 di sini pada Rabu.

Iklan

Siew Khim (DAP-Sungai Pinang) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan A Kumaresan (PKR-Batu Uban) berhubung perancangan menyeluruh kerajaan negeri dalam meningkatkan sokongan kepada individu autistik dan keluarga mereka.

Mengulas lanjut, Siew Khim berkata, kerajaan negeri sedang meneliti keperluan untuk memperkukuh pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu bagi meningkatkan sokongan kepada golongan berkenaan.

Iklan

Menurutnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi menyediakan perkhidmatan pemulihan, intervensi awal dan latihan kemahiran kepada OKU, termasuk individu dalam kategori autisme.

“Program ini bertujuan membantu OKU mengembangkan keupayaan diri, meningkatkan kemahiran dalam kehidupan harian, membina sikap berdikari serta menggalakkan penyertaan dan integrasi sosial dalam komuniti.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 24 PPDK di seluruh Pulau Pinang yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU daripada pelbagai kategori termasuk autisme.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini tiada pusat terapi atau pusat latihan khusus untuk individu autistik di bawah JKM Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau menambah, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang turut mempunyai sebuah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas di Kampung Telok, Alma, Bukit Mertajam bagi menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Menurutnya, pusat berkenaan mempunyai empat pegawai bidang khusus yang menyediakan perkhidmatan sokongan kepada semua kategori MBPK yang memerlukan bantuan termasuk murid dalam kategori autistik.

“Inisiatif ini merupakan antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membantu memenuhi keperluan pendidikan dan sokongan MBPK,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Bintang-Bintang Bersinar Pulau Pinang dan LemmeLearn bagi meningkatkan kesedaran serta menyediakan aktiviti sokongan berkaitan autisme.

"NGO berkenaan turut memainkan peranan membantu individu autistik mengembangkan potensi diri, memperkukuh kemahiran komunikasi dan sosial serta meningkatkan keupayaan menjalani kehidupan secara berdikari.

"Selain itu, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), sebuah NGO berdaftar dengan JKM turut menyediakan perkhidmatan dan program khusus bagi menyokong perkembangan serta pembelajaran individu autistik mengikut keperluan masing-masing," katanya.