Projek LCS: Mat Sabu, Chin Tong sanggah kenyataan Najib

Iklan
Mohamad Sabu (kanan) dan Liew Chin Tong

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyangkal kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa projek kapal tempur pesisir (LCS) terbengkalai kerana PH menangguhkannya pada September 2019.

Dalam satu kenyataan bersama oleh bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menjelaskan, kenyataan Najib bahawa projek LCS hanya dapat diteruskan semula pada April 2022 kerana berlakunya pandemik Covid-19 pada tahun 2020 dan 2021 juga tidak benar.

Iklan
Iklan

Katanya, ramai terpengaruh dengan naratif bekas Perdana Menteri itu sedangkan kedua-dua kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali dan hanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

"Garis masa membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan bukan punca projek LCS lambat. Status kemajuan projek LCS sepatutnya mencapai 49.12 peratus pada Januari 2016 tetapi hanya siap 39.67 peratus.

Iklan

"Pada Januari 2017, kemajuan projeknya sepatutnya 59.35 peratus tetapi hanya siap 46.99 peratus manakala dijangka siap 70.58 peratus pada Januari 2018 tetapi hanya siap 50.15 peratus.

"Pada Januari 2020, projek itu sepatutnya siap 82.41 peratus tetapi hanya siap 56.39 peratus dengan variance sebanyak -26.02 peratus. Sampai hari ini, reka bentuk terperinci belum siap,” menurut kenyataan berkenaan pada Selasa.

Iklan

Pembinaan LCS jelasnya, melibatkan fasa reka bentuk konsep, diikuti reka bentuk asas dan akhirnya reka bentuk terperinci.

Berdasarkan persetujuan antara Naval Group Perancis dan kontraktor Boustead Naval Group (BNS), reka bentuk terperinci perlu diluluskan oleh Naval Group selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk sebelum pembinaan kapal.

"Fasa konsep reka bentuk bermula pada 4 Jun 2012 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 28 Januari 2013. Namun, ia hanya dimuktamadkan pada 24 September 2013 (kelewatan 238 hari atau 8 bulan).

"Reka bentuk asas mula pada 3 Oktober 2013 dan sepatutnya dimuktamadkan pada 31 Januari 2015 tetapi hanya disiapkan sepenuhnya pada 20 Januari 2016 (kelewatan 17 bulan 20 hari).

"Menurut kontrak asal, fasa reka bentuk terperinci sepatutnya dilaksanakan dari 6 Ogos 2014 hingga 29 November 2016. Namun, fasa ini berterusan sehingga hari ini dan masih belum selesai,” jelasnya kenyataan berkenaan.

Kedua-dua bekas Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata, bagi tujuan kawalan mutu, reka bentuk LCS yang dihasilkan oleh syarikat BNS tertakluk kepada kelulusan Naval Group sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap reka bentuk.

Ia diikuti pemeriksaan dan pengesahan oleh Bureau Veritas, sebuah badan bebas antarabangsa yang memastikan reka bentuk kapal perang menepati syarat, seperti yang ditetapkan dalam kontrak.

"Kerajaan Pakatan Harapan telah membuat keputusan mengenai hala tuju projek ini pada Februari 2020 berpandukan cadangan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) namun kerajaan jatuh pada bulan tersebut juga.

"Dr Mahathir juga memutuskan bahawa mereka yang membuat salah laku mesti dibawa ke muka pengadilan dan pasukan pengurusan BNS dirombak manakala Projek LCS dianggap sebagai projek sakit dan akan menerima suntikan dana untuk ganti balik dana yang disonglap.

"Kementerian Pertahanan diarahkan untuk membentang kertas Jemaah Menteri dalam masa terdekat. Malangnya, apa yang dirancang tidak berlaku berikutan Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH,” menurut kenyataan itu.