Rafizi ajak rakyat sumbang idea, kepakaran gubal dasar
Iklan
Rafizi mengajak rakyat Malaysia menyertai kumpulan pakar untuk membina kerangka dasar yang boleh dibawa kepada rakyat.
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengajak masyarakat Malaysia tampil menyumbangkan idea dan kepakaran untuk membina kerangka dasar yang boleh dibawa kepada rakyat.
Beliau berkata, masalah utama rakyat yang digagaskan dalam lima kelompok isu sebelum ini memerlukan pendekatan yang lebih radikal dan futuristik.
Iklan
Iklan
Menurutnya, negara memerlukan idea-idea untuk dijadikan dasar yang lebih praktikal, berteknologi dan membawa rakyat ke arah masyarakat moden yang tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk menyelesaikan masalah.
"Usaha ini akan melibatkan proses saringan sukarelawan yang menawarkan diri untuk menyertai kumpulan dasar bagi setiap isu dan mereka akan diagihkan mengikut kumpulan masing-masing.
Iklan
"Selain itu, ia turut melibatkan proses membangunkan dasar dan program khusus termasuk menganggarkan kos pelaksanaan serta pindaan kepada akta dan peraturan sedia ada untuk melancarkan pelaksanaan.
"Seterusnya, sesi ‘pitching’ iaitu menjelaskan kerangka idea dan pelan pelaksanaan kepada orang ramai di bandar-bandar utama seluruh negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Iklan
Rafizi berkata, Malaysia kini berada di persimpangan yang sangat kritikal di mana bukan sahaja ruang kewangan negara semakin sempit akibat salah urus dan sektor ekonomi yang semakin mencabar.
Malah katanya, masalah-masalah yang membebankan rakyat tidak lagi boleh diselesaikan dengan kerangka dan pendekatan pemikiran yang sama.
"Misalnya masalah kenaikan harga barang yang berlaku sejak lebih sedekad lalu. Kekalahan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 sebenarnya banyak berpunca daripada kenaikan mendadak harga barang sehingga BN disamakan dengan jolokan ‘barang naik’.
"Namun, selama lebih sedekad, pendekatan UMNO/BN (yang menjadi kerajaan sepanjang 2008 hingga 2022 kecuali 2018 ke 2020) tetap sama.
"Apabila kemarahan rakyat memuncak, ada campur tangan di sana secara tidak terancang (ad hoc) yang tidak menyelesaikan masalah punca kepada krisis kenaikan harga barang,” ujarnya.
Tambah beliau, bagi individu yang berminat untuk mendaftar boleh layari https://ayuhmalaysia.org/expert-contribution dan menyertai kumpulan sukarelawan rakyat yang membangunkan dasar-dasar tersebut.
"Satu bengkel utama yang mengumpulkan semua tenaga pakar yang tampil akan dianjurkan dalam tempoh dua minggu dari sekarang.
"Setakat pendaftaran dibuka 12 jam lalu, lebih 100 tenaga profesional pelbagai bidang telah mendaftar,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi" /><meta itemprop="description" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu turut berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erakine Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu beliau turut menyatakaan keterujaan melihat proses berkenaan yang berlangsung di dua lokasi terlibat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663308/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-yakin-peratusan-keluar-undi-awal-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T03:42:34.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WFzJQ1cEQD2T0psPT/x120" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4o2i" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4o2i"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta" /><meta itemprop="description" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menafikan pihaknya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen seperti didakwa pembangkang, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Jelas anak kelahiran Ampang itu, sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berlangsung tiada aktiviti yang menyalahi undang-undang dilakukan pihaknya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Perikatan Nasional (PN) memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya ekoran mendakwa PH menyalahgunakan aset kerajaan dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663294/berita/politik/sock-tao-nafi-kempen-ph-langgar-akta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar" /><meta itemprop="description" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #undiawal #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T02:50:00.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WFya81cEPRl4SMBLg/x120" /><meta itemprop="duration" content="P41S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4lqg" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4lqg"></script>