Banduan lolos jel selepas beberapa jam ditangkap
Iklan
BRUSSELS - Seorang lelaki berusia 25 tahun melarikan diri dari sel tahanan di ibu negara Belgium dengan memecahkan tandas dan keluar melalui sebuah lubang di dinding, kata polis pada Selasa.
Jurucakap polis berkata, lelaki itu melarikan diri dari balai polis di kejiranan Molenbeek di Brussels pada malam Isnin hingga Selasa, hanya beberapa jam selepas penahanannya.