Peniaga digalak carum Perkeso
Iklan
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Cawangan Kota Setar, Mohd Kholib Hamid (tengah) memberi taklimat kepada peniaga di Medan Selera Mergong pada Rabu lepas.
ALOR SETAR - Golongan penjaja dan peniaga kecil di daerah Kota Setar digalakkan mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi membantu golongan tersebut sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Cawangan Kota Setar, Mohd Kholib Hamid berkata, beliau mendapati kesedaran peniaga di sekitar Bandaraya Alor Setar untuk mencarum dalam Perkeso masih rendah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ada peniaga yang dikhuatiri masih belum jelas ataupun tidak menyedari mengenai kewujudan caruman di bawah skim ini.
"Jadi, pihak persatuan kerap mengadakan taklimat Perkeso bagi memberi penerangan dan kesedaran berterusan kepada peniaga untuk membuat caruman di bawah skim itu.
Iklan
"Terbaharu, taklimat berkaitan skim Perkeso diadakan pada Rabu lalu, manakala sebelum ini pada 20 Julai lepas untuk terus mendidik golongan sasar membuat caruman,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Mohd Kholib berkata, beliau mendapati peniaga yang mendengar taklimat diadakan persatuan mula sedar akan manfaat caruman sekaligus terus mendaftarkan diri untuk mencarum.
Iklan
"Setiap kali taklimat, kira-kira 50 peniaga akan tampil mencarum, maka persatuan akan memperhebat lagi aktiviti dan taklimat selepas ini demi memberi pendedahan kepada mereka,” katanya.
Tambah beliau, peniaga diminta untuk membuat caruman dengan bayaran agak rendah bagi memastikan nasib mereka terbela sekiranya berlaku sesuatu kemalangan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>