Malaysia jana hasil RM572.6 juta pada Pertunjukan Udara Farnborough
Iklan
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Penyertaan Malaysia dalam Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough (FIA) 2022 telah menjana hasil sebanyak RM572.6 juta bagi produk dan perkhidmatan aeroangkasa seperti alat ganti dan komponen, perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk, perkhidmatan latihan, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta integrasi dan penyelenggaraan sistem.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataan pada Jumaat berkata, sebanyak 332 mesyuarat perniagaan berlangsung di antara syarikat tempatan dengan pembeli luar negara pada acara berkenaan yang diadakan mulai 18-22 Julai, 2022.
Iklan
Iklan
Pengerusinya Tan Sri Dr Halim Mohammad berkata, pavilion Malaysia turut menarik minat pengunjung daripada syarikat aeroangkasa global termasuk Piaggio Aerospace, Leonardo SPA, Honeywell Aerospace, Deutsche Aircraft dan Spirit AeroSystems.
Ia turut disertai 17 syarikat dan agensi kerajaan antaranya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), BHIC Aeroservices Sdn Bhd, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd, Galaxy Aerospace Sdn Bhd dan Malaysia Airport Holdings Bhd.
Iklan
Acara tersebut menerima penyertaan 1,253 pempamer melibatkan 24 negara dengan penyertaan utama terdiri daripada 385 syarikat dari Amerika Syarikat, United Kingdom (342) dan Itali (130).
Malaysia adalah satu-satunya negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang menyediakan pavilion negara, kata Halim sambil memaklumkan agensi penggalakan perdagangan nasional itu turut menantikan penganjuran beberapa acara pada masa akan datang seperti MRO Asia Singapura 2022, Pertunjukan Udara Paris 2023 dan FIA 2024.
Iklan
Syarikat-syarikat Malaysia yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang eksport dalam bidang aeroangkasa diminta menghubungi Matrade sama ada melalui e-mel atau platform media sosial agensi berkenaan seperti Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>