KDNK PKS catat pertumbuhan 1.0 peratus pada 2021
Iklan
Gambar hiasan
KELUARAN Dalam Negara Kasar (KDNK) perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia bagi 2021 meningkat 1.0 peratus, namun lebih perlahan berbanding KDNK Malaysia yang tumbuh 3.1 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, secara umumnya, pertumbuhan KDNK PKS akan melebihi KDNK Malaysia tetapi sejak 2020, KDNK itu mencatat pertumbuhan lebih perlahan berbanding KDNK Malaysia.
Iklan
Iklan
"Sumbangan PKS kepada KDNK mengecil kepada 37.4 peratus (2020: 38.1 peratus) dengan nilai ditambah sebanyak RM518.1 bilion.
"Sektor perkhidmatan dan pembuatan mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang utama dengan kedua-dua sektor mewakili 83.0 peratus kepada KDNK PKS.
Iklan
"Tambahan pula, KDNK PKS meningkat kepada RM572.6 bilion dari segi nominal pada tahun ini berbanding RM547.3 bilion seperti dilaporkan pada 2020. Walau bagaimanapun, prestasi ekonomi PKS pada 2021 masih di bawah paras pra-pandemik 2019,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Prestasi PKS Malaysia 2021 yang dikeluarkan pada Rabu.
Menyentuh prestasi KDNK PKS mengikut jenis aktiviti ekonomi, Mohd Uzir Mahidin berkata, sektor pembuatan kembali pulih kepada 8.5 peratus daripada penurunan 2.9 peratus pada tahun sebelumnya.
Iklan
Menurutnya, prestasi yang memberangsangkan ini disokong oleh peningkatan dalam semua subsektor, terutamanya dalam produk petroleum, kimia, getah dan plastik yang melonjak 14.4 peratus.
"Nilai ditambah PKS dalam sektor pertanian pula berkembang kepada 1.9 peratus daripada negatif 0.7 peratus dipacu oleh pertumbuhan dalam subsektor getah, kelapa sawit, ternakan dan pertanian lain.
"Namun begitu, nilai ditambah PKS bagi sektor perlombongan dan pengkuarian menguncup 3.1 peratus pada 2021 manakala sektor pembinaan jatuh 4.6 peratus daripada -15.4 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya.
Mohd Uzir berkata, nilai ditambah PKS bagi sektor perkhidmatan mencatat penyusutan 1.2 peratus daripada negatif 9.0 peratus pada 2020 disumbangkan oleh subsektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan yang merosot 5.8 peratus.
"Bagaimanapun, kemerosotan ini diimbangi oleh prestasi subsektor perdagangan borong dan runcit, makanan, minuman dan penginapan dan subsektor pengangkutan dan penyimpanan serta maklumat dan komunikasi yang masing-masing tumbuh 0.5 peratus dan 2.9 peratus,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>