RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$107.0 bilion setakat 15 Julai 2022.
Kedudukan rizab itu adalah memadai bagi membiayai 5.7 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.