Warga asing maut ditikam dalam pergaduhan

Iklan
Anggota polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Keramat, Hulu Kelang pada Jumaat.

AMPANG - Seorang lelaki warga asing maut dipercayai ditikam dalam pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Taman Keramat, Hulu Kelang di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam memaklumkan mengenai satu pergaduhan di lokasi kira-kira jam 10.36 malam.

Iklan
Iklan

"Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman.

"Pemeriksaan yang dijalankan ke atas mangsa mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian.

"Setakat ini motif dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.